Conditions of Use

Makluman Data Pelanggan dan Penggunaan Kredit Kad atau Debit Kad

Pihak kami tidak menyimpan sebarang maklumat Kredit Kad atau Debit Kad Pelanggan sebab semua pembayaran menggunakan Kredit Kad atau Debit Kad dibuat melalui Upyme dan maklumat transaksi disimpan oleh Pihak Upayme dan sebarang maklumat pelanggan yang berurusan dengan kami adalah untuk tujuan rekod dan pengurusan dalaman syarikat kami dan pihak kami TIDAK akan menjual atau menyalah guna sebarang maklumat pelanggan untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang.

Tiada Proses Pembayaran Secara Online

Tiada sebarang transaksi secara Online dibuat di laman web ini. Selepas terima tempahan, pihak kami akan menghubungi pelanggan melalui WhatsApp dan urusan pembayaran akan diuruskan melalui WhatsApp.

Prosedur Penyediaaan Tempahan berkaitan Perkhidmatan seperti Pembuatan Chop, Cetak Kad Perniagaan, Cetak Pelekat (Sticker), Pembikinan TAG Nama atau ID Kad.

Tempoh masa diperlukan untuk menyiapkan tempahan yang berkaitan perkhidmatan agak berbeza dan pada dasarnya kami menetapkan setiap order yang berkaitan perkhidmatan akan mengambil masa 24 Jam hingga 3 hari Berkerja masa pemprosesan selepas menerima pembayaran sepenuhnya mengikut jumlah nilai dalam order atau nilai dalam Artwork/Design yang kami hantar pada pelanggan.

Harga dalam Order berbeza dengan Harga dalam Artwork/Design yang dihantar

Memang kadang-kala ada perbezaan harga dalam sesuatu order dengan harga yang terdapat di Artwork/Design yang kami hantar kerana pada masa tuan/puan membuat tempahan ianya belum termasuk kos tracing dan editing logo dan lain-lain. Pada kebiasanya pihak kami akan menghubungi tuan/puan terlebih dulu dan memaklumkan ada penambahan harga untuk kos tracing, editing logo dan lain-lain dan jika pihak tuan/puan bersetuju dengan nilai yang kami maklumkan barulah kami buat artwork/design dan hantar untuk tuan/puan semak.

 # Prosedur Pengiriman Barang

# Pihak kami amat mementingkan kualiti barangan dan penghantaran barangan kami.
# MyLabuan Enterprise (RizQi Stamp) akan membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
# Kos penghantaran berdasarkan kepada destinasi dan berat barang tersebut.
# Kos penghantaran barangan akan dimaklumkan selepas pihak kami menerima tempahan yang lengkap.
# Caj penghantaran akan dikenakan kepada setiap pelanggan.
# Sila berikan maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon yang tepat seperti di WhatsApp atau laman web lain.
# Pihak kami akan memproses tempahan pelanggan selepas pengesahan pembayaran bayaran dilakukan.
# Pelanggan boleh membuat tempahan produk secara Call/SMS/WhatsApp : 6088-338083 / 60198813858 pada setiap hari termasuk hari sabtu, ahad dan cuti umum.
# Pihak kami hanya akan membuat pengeposan barang pada hari bekerja Isnin-Jumaat (10.00 pagi sehingga 3.00 petang) sahaja.
# Pihak kami hanya akan membuat pengeposan pada hari yang sama jika menerima pembayaran sebelum jam 9:00 pagi.
# Jika pelanggan membuat pembayaran selepas jam 12.00 tengahari pihak kami akan membuat penghantaran hari berikutnya.

# Warrany Barangan

1) Warranty 7 Hari : Untuk Handle/Body Rubber Stamp Sahaja

# Pengesahan Penghantaran (Tracking Number)

Selepas barang pesanan pelanggan diambil oleh pihak PosLaju / Mantap Express atau lain-lain syarikat penghantaran, nombor rujukan (tracking number) akan dimaklumkan melalui email atau WhatsApp oleh pihak kami selewat-lewatnya pada pukul 6 petang.

Cara Pembungkusan :

# Semua barang/produk akan dibungkus dengan kemas untuk menjamin tahap keselamatan semasa penghantaran.
# Pihak kami akan membuat pengkelasan barang sama ada barang tersebut perlu dihantar menggunakan beg plastik atau kotak bagi memastikan barang tersebut diterima dalam keadaan yang baik (mengikut saiz dan jenis barang yang dipesan).

Tempoh Penerimaan Barang

# Tempoh penerimaan barang 3-5 hari bekerja dari tarikh penghantaran.
# Jika pelanggan belum menerima barang selepas 5 hari bekerja ianya dihantar, pelanggan perlu memaklumkan pihak kami dengan kadar segera WhatsApp : 60198813858
# Pelanggan diminta untuk menghantar WhatsApp : 60198813858 atau email semula maklumat seperti nama penuh, alamat lengkap, no.telefon, jenis produk dan kuantiti serta tracking number kepada kami.
# Pihak kami akan membuat semakan penghantaran dengan pihak syarikat penghantaran

Cara Pembelian Dan Penghantaran.

1 ) Kos Penghantaran Barangan RM15 untuk Kawasan Kota Kinabalu dan Sekitarnya menggunakan perkhidmatan runner.

# Pembayaran barangan sepenuhnya sebelum penghantaran barangan

2 ) Penghantaran Dengan Courier Service (Seluruh Malaysia) : Tempoh Terima Dalam 3 - 5 Hari Berkerja

# RM15:00 Untuk Setiap 1 Kg

Persetujuan Pelanggan

Setiap pelanggan diwajibkan untuk membaca syarat-syarat yang tertulis di laman web kami dan juga sudah faham dan bersetuju dengan syarat-syarat yang kami tetapkan.