RizQi Stamp | Sticker Printing | Engraving Name TAG

RizQi Stamp | Membuat Chop Getah | TAG Nama Ukir

Selamat datang kami ucapkan pada para pengunjung laman web kami dan disini kami menyediakan perkhidmatan untuk order Chop Getah (Rubber Stamp), Percetakan StickerMenempah Name Tag (Engraving), Cetak Kad Perniagaan, Cetak Mug dan Cenderamata ataupun Cetak ID Kad untuk Pelajar atau Pekerja dengan harga yang berpatutan.

# Kami tidak mengejar quantity tapi kami mengejar QUALITY

Di RizQi Stamp kami bersedia menyiapkan tempahan Rubber Stamp dalam tempoh 24 Jam dan kami juga menyediakan perkhidmatan express untuk membuat Chop Getah dan TAG Nama Ukir ianya mengambil masa 2 Jam untuk disiapkan dengan kos tambahan untuk kerja-kerja express.

Untuk perkhidmatan lain biasanya kami mengambil masa antara 2 hingga 3 hari berkerja untuk disiapkan seperti mencetak sticker, kad id pekerja, mencetak kad perniagaan dan lain.

Selain perkhidmatan diatas, kami juga ada menyediakan perkhidmatan Engraving, Laminating serta percetakan lain seperti kegunaan peniaga dan berbagai lagi kecuali kerja membuat "Hard Cover Binding" dan seumpamanya.

Pada kebiasannya, untuk setiap tempahan yang diterima akan dibuat Artwork dan dihantar pada pelanggan untuk pengesahan sebelum pembayaran dibuat.

Selepas anda berpuas-hati dengan contoh artwork/design dan harga yang kami sediakan barulah anda membuat pembayaran secara Bank Online Transfer, Debit Kad & Kredit Kad, E-wallet (Boost dan GrabPay).

Pembayaran juga diterima daripada pihak Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun yang menggunakan Sistem E-Perolehan

Keadaan sekarang kita semua sedia maklum tentang masalah Wabak Covid19 yang menular dikalangan masyarakat dan kami di RizQi Stamp amat berharap supaya pelanggan membuat tempahan dan pembayaran secara online untuk mengelakkan masa yang lama berurusan didepan kedai kami untuk mengelakkan penularan wabak Covid19.

Dikedai kami memang mematuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Pihak Kerajaan dan KKM tapi adalah lebih baik kita berusaha sebaik mungkin mengelakkan penularan wabak Covid19 untuk kebaikan bersama antara kami dan para pelanggan.

Jika Tempahan dan Bayaran sudah dibuat secara Online, ianya memudahkan anda untuk datang dan mengambil barangan anda dan tempoh urusan menjadi lebih pendek dan mungkin ianya mengambil masa kurang dari 5 Minit untuk sesuatu urusan.

Perhatian :
# Website ini digunakan untuk membuat tempahan saja dan cara pembayaran akan dimaklumkan selepas kami menerima tempahan.

# Pembayaran TIDAK DIPROSES Secara Online di Website ini. Semua urusan pembayaran diuruskan melalui WhatsApp untuk mengelakkan kami menyimpan data rahsia pelanggan

# Pihak kami TIDAK MENYIMPAN DATA PERIBADI RAHSIA PELANGGAN. Maklumat pelanggan hanya untuk tujuan rekod pembelian sahaja.

# Sila Daftar Newsletter Kami untuk mendapatkan Tawaran dan Discount tertentu pada sesuatu masa.

Jika ada pertanyaan boleh Hubungi kami Call/SMS : 6088-338083