Stevia D'Care

Stevia D’Care merupakan salah satu produk stevia yang kini hangat di pasaran Malaysia. Bukan sahaja murah malah anda tidak perlu mengikuti multi-level marketing system (MLM) untuk membeli serta mencuba produk tersebut. Produk ini adalah 100% tidak mengandungi bahan pengawet dan dijamin Halal!
SKU: STVD001
RM35.00

Apakah itu stevia? Sejenis pemanis dan pengganti gula yang telah di-ekstrak dari pokok Stevia rebaudiana. Kemanisannya melebihi 100 kali ganda daripada gula tiruan! Hanya dengan satu atau dua titis ke dalam minuman sudah cukup membangkitkan rasa manis.

Pada anda di luar sana yang addicted dengan gula sejak dari zaman persekolahan lagi, kami syorkan anda untuk bertukar menggunakan Stevia sebagai pengganti gula.

Mengapa perlu stevia?

Gula berlebihan di dalam badan boleh menimbulkan pelbagai jenis penyakit yang tidak diduga. Stevia mampu mengurangkan pengambilan gula ke dalam minuman harian kita seperti kopi secara perlahan-lahan. Kesan Stevia terhadap individu adalah berbeza namun perbezaan yang anda rasakan adalah setelah pengambilan tetap selama sebulan. 

Sebagai salah satu pengguna Stevia D’Care, kami amat mengalakkan pelanggan kami untuk mencuba produk ini. Ia tiada kesan sampingan malah mengurangkan kadar peratus anda untuk menghidapi penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, diabetes, sakit jantung dan lain-lain.

Stevia D’Care ini bertindak untuk mengurangkan pengambilan gula dan perlahan-lahan berhenti mengambil gula di dalam minuman serta makanan. Secara tidak langsung, anda akan berasa lebih segar kerana pengambilan gula berlebihan telah dihentikan sepenuhnya dan stevia bertindak untuk menghindarkan daripada penyakit-penyakit berbahaya berlaku.